Saya percaya ramai menjadikan telefon sebagai personal organizer. Saya sendiri menjadikan telefon sebagai personal organizer saya selain buku organizer tahunan saya.
Saya amat mementingkan keselesaan mengemaskini personal organizer. Dan setelah banyak aplikasi yang dicuba dari Market Android, pilihan saya adalah aplikasi yang percuma dari market ini, iaitu Jorte.
Walaupun Jorte adalah aplikasi percuma, tapi bagi saya ianya mengalahkan aplikasi yang berbayar yang ada dipasaran. Dengan diberi start sebanyak 4.5/5 oleh 70,774 orang, ternyata aplikasi ini telah menjadi pilihan ramai.

Antara kelebihan Jorte yang saya gemari adalah interfacenya yang cukup clean,elegan dan nampak executive. Cara susun aturnya memudahkan untuk kita melihat & menjadikan kalendar ini sebagai satu rujukan peribadi, bahkan ianya bukan sahaja sesuai untuk gadget besar seperti Galaxy Tab/Note tetapi juga untuk handphone yang kecil.
Satu lagi kelebihan yang saya suka ialah kaedah sync ke/dari Google Calendar. Oleh itu, data saya sentiasa berada didalam tempat yang selamat. Tempoh sync juga amat singkat, iaitu tidak sampai setengah minit pun.

Selain kalendar, task & memo juga boleh ditarik dan dipush ke Google Calendar. Ianya menjadikan aplikasi ini sangat munasabah untuk didownload ke handphone anda. Sukar untuk menemui personal organizer yang sgt clean interface seperti ini disamping mampu melaksanakan tugas-tugas penting seperti sync. Dan yang lebih penting, ianya PERCUMA!

Antara interface yang terdapat didalam Jorte ini iaitu interface option. Disini kita boleh memilih macam mana kalendar kita hendak display, samada monthly,weekly atau daily.
Ia juga mempunya widget setting, saya sudah menjadikan ianya satu widget didalam Galaxy Note saya dan menjadi paparan kedua saya selepas paparan utama saya.
Kita juga boleh memilih National Holidays yang ingin kita dumpkan kedalam kalendar kita. Saya memilih National Malaysia kerana saya adalah rakyat Malaysia yang handsome dan negara hebat ini telah memenangi pingat emas bolasepak di Sukan Sea tahun ini.

Copy data biasanya digunakan untuk sync kali pertama. Selepas itu kita boleh setting auto sync bergantung kepada kekerapan mana yang diperlukan.

Biasanya untuk sync ke/dari Google Calendar, saya menggunakan tempoh 2 jam sekali. Ini bertujuan untuk menjimatkan bateri. Sebenarnya tempoh 12 jam pun boleh, kerana sync itu hanyalah untuk kita jadikan Google Calendar sebagai rujukan kita sekiranya telefon kita ini tidak dpt digunakan (abis bateri). Sekiranya dalam tempoh 12 jam itu, handphone ini boleh digunakan, setting jer lah 12 jam untuk sync hanya untuk tujuan back up sahaja.
Saya guna tempoh 2 jam, saje-saje jer. Tidak rekemen untuk sesiapa pun. Sangat tidak digalakkan kepada rakan-rakan yang memilih kurang dari 2 jam, kerana ianya akan menyebabkan bateri anda akan cepat abis. Kesilapan kecil seperti ini, menyebabkan anda menyalahkan sistem Android secara keseluruhan, padahal ianya mistake dari anda. Huh! puas ati aku bebel. haha

Antara interface didalam setting:

Ini pula interface Jorte yang didapati di internet. Di Jorte juga, kita boleh memilih theme. Tapi saya suka guna default theme jer. Nampak kemas.

Ini pula screenshot yang saya cilok dari internet. Dia intergrate dengan maps, selain dapat letak URL & nombor telefon bagi sesuatu event untuk dijadikan rujukan. Not bad kan!

Ini pula untuk tandakan sesuatu task itu ‘complete’, hanya letak tangan atau S-pen di kotak tepi task tu. Yeahhh.

Jorte memang sangat direcommend untuk didownload, kerana bagi saya Jorte ini terlalu bnyk fungsi & terlalu canggih untuk satu aplikasi yang diberi secara FREE.
Tunggu apa lagi! Download Jorte untuk keselesaan anda.
** Ok, review saya setakat ini sahaja. Saya tidak diberi sebarang % untuk review ini, hanyalah sekadar untuk sharing apa yang best di Android selain tidak mahu pengguna lain tersilap install personal organizer yang tidak best, pastu terpaksa uninstall semula. Jika anda mempunyai aplikasi Android yg best untuk dikongsi bersama, boleh message saya, nanti nak test jugak.
Sharing is caring. :D










